Jin TIdak Tahu Perkara Ghaib

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Di zaman moden ini, masih ramai di kalangan umat Islam yang mempercayai tukang tilik. Mereka menyakini tukang tenung boleh menyelami rahsia alam ghaib sama ada mengetahui siapakah pencuri yang melakukan pengkhianatan atau meramalkan perkara yang akan datang dan perkara-perkara yang ghaib yang akan berlaku.

Tukang tilik dan para bomoh yang suka meramal dan menceritakan sesuatu sama ada berkaitan hal jenayah dan sebagainya itu sebenarnya adalah menerima bisikan daripada syaitan atau jin yang suka melakukan pendustaan dan pembohongan sedangkan mereka memang tidak sedikitpun mengetahui alam ghaib.
 
Allah SWT mewakilkan kepada malaikat untuk memastikan supaya mengazab jin apabila mereka mengingkari arahan dan perintah Nabi Allah Sulaiman a.s iaitu dengan membakar mereka.
 
Jin telah diperintahkan oleh  Nabi Allah Sulaiman a.s supaya membangunkan suatu bangunan, maka mereka semua melakukan siang dan malam tanpa hentinya, kerana terlalu takut. Sehinggalah Nabi Sulaiman wafat di hadapan mereka sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan mereka tidak mengetahui alam ghaib. Kalaulah mereka mengetahui tentang kewafatan Nabi Sulaiman a.s tentulah mereka akan berhenti daripada meneruskan pembinaan bangunan itu. Sedangkan bangunan yang diarahkan itu memang terlalu sukar untuk dibangunkan sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT didalam al-Quran.
 
Nabi Sulaiman a.s wafat di hadapan mereka pun tidak dapat mereka kesan. Bagaimana pula untuk membolosi rahsia alam ghaib dan perkara-perkara yang hanya Allah sahaja mengetahuinya. Sebenarnya golongan jin ini sebelum turunnya al-Quran boleh mencuri berita dari langit tetapi setelah al-Quran diturunkan mereka tidak lagi dapat menaiki langit sebagimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan Sesungguhnya kami Telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, Maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang Kuat dan panah-panah api. Dan Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). tetapi sekarang[1524] barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). Dan Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka."
 
Ar-Razi di dalam kitab tafsirnya menghuraikan tentang kematian Nabi Sulaiman a.s  sedangkan jin bekerja di hadapan baginda dan tidak mereka sedari, dengan katanya jin memang mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh manusia. Maka takdir kematian Nabi Sulaiman a.s adalah ilmu ghaib, manusia tidak diberi ilmu melainkan amat sedikit, banyak perkara yang nyata mereka tidak ketahui, dan jin pula tidak mengetahui yang zahir walaupun dinisbahkan oleh manusia perkara itu adalah tersembunyi. Maka nyatalah memang mereka tidak megetahui alam ghaib. Sekiranya mereka mengetahui alam ghaib itu tentulah mereka tidak akan meneruskan kerja yang amat berat, kerana menganggap Nabi Allah Sulaiman masih hidup. 
 
Begitu juga apabila mereka ditegah mengintai untuk mencuri berita dari langit mereka tidak tahu mengapa mereka ditegah berbuat demikian sehingga meeka bertanya sesama sendiri dan sekiranya mereka tahu alam ghaib tentulah mereka mengetahui mengenai kebangkitan Nabi SAW terlebih dahulu.
 
Jin memang boleh terbang kesana dan kemari dengan cepat dan segera, oleh itu mereka mampu mengetahui peristiwa yang telah berlaku di benua yang jauh atau peistiwa yang berlaku yang berlaku pada masa lalu. Walau bagaimana pun apa yang mereka sampaikan tidak semestinya betul kerana berita itu dibawa oleh satu jin yang boleh jadi lurus dan betul atau mungkin berdusta, kerana di kalangan mereka ada yang maksiat, kafir dan sebagainya.
 
As Syeikh Mohammad Al Ghazali mengatakan jin itu mempunyai kuasa melebihi kuasa atau kudrat manusia, mereka boleh menyeberangi udara dengan tenaga biasa sejak zaman dahulu kala lagi tetapi mereka tidak mengetahui alam ghaib. Adakalanya berita itu ghaib nisbah kepada kita tetapi tenyata zahir nisbah kepada meeka.
 
Contohnya sekarang kita dapat mengetahui apa yang belaku di negara lain sama ada melalui satelit televisyen sedangkan jarak kita dengan mereka amat jauh. Ini bukanlah bererti kita mengetahui alam ghaib, sekadar peristiwa yang jauh dari pandangan mata di alam nyata.
 
Untuk mengetahui pekara-perkara yang ghaib di masa akan datang sesuatu yang mustahil melainkan melalui wahyu. Dengan hal yang demikian, kalau seseorang yang bertanya kepada tukang tilik atau tukang tenung dan ia menjelaskan perkara-perkara yang akan datang maka itu adalah suatu perkhabaran yang jelas membawa kepada kebinasaan.
 
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan mengenai hukum bertanya kepada jin dan kepada konco-konconya termasuk tukang tilik dan sebagainya.
 
  • Kalaulah ditanya kerana hendak membenarkan apa yang mereka katakan maka hukumnya adalah haram sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Muawiyah bin Abi Sullami bermaksud:

"Ya Rasulullah, pekara-perkara yang kamai lakukan di zaman jahilliah ialah mendatangi tukang nujum. Sabda baginda, "kamu jangan mendatangi tukang nujum."

 
Begitu juga dalam hadis yang lain bermaksud :
"barangsiapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari."
 
  • Kalai disoal semata-mata untuk mengetahui hal dan segala tindak tanduknya dan untuk mengetahui pembohongannya maka adalah harus sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bertanya Ibnass Sayyad. Sabdanya : Apakah yang datang kepadamu?, katanya datang kepada saya yang benar dan dusta . sabdanya apa pandanganmu, jawabnya aku lihat istana di atas air, sesungguhnya aku sembunyikan dari segala keburukan. Sabdanya diingatkan – Jangan kamu ulangi, dan seperti engkau ada kuasa, dan dan ini adalah sebahagian saudara tukang tenung."
 
  • Kalau ia mendengar sesuatu yang diceritakan atau dikhabarkan oleh jin melalui tukang nujum atau tukang tilik maka dalam perkara ini ia perlu kepada bukti yang menyokong perkhabarannya itu sebagaimana fiman Allah SWT bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
 

Jin & Kematiannya

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Jin seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup berkahwin dan beranak cucu dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar mereka akan dihimpunkan dan dihitung segala amalan mereka. Firman Allah s.w.t bermaksud : "Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apa pun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

 
Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Aku berlindung kepada kemuliaan Engkau yang tiada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati, tetapi jin dan manusia akan mati".
 
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa jin itu tetap mati. Yang timbul persoalan ialah apabila iblis memohon penangguhan kematiannya itu sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran bermaksud : 
"Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
 
Di dalam ayat ini Allah membenarkan penangguhan sehingga hari kiamat. Ibnu Abbas r.a berkata sesungguhnya Allah s.w.t menangguhkan kematian iblis sehingga tiupan yang pertama, tetapi iblis meminta tangguh sehingga tiupan yang kedua tetapi permohonan itu ditolak. Iblis bercadang agar tidak merasai kematian, oleh itulah kalau ia ditangguhkan sehingga selepas kebangkitan bermakna ia tidak akan mati.
 
Abu Said al Khudri r.a meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah membunuh satu jin yang menyamar sebagai seekor ular. Sabda Rasulullah s.a.w  :
"Sesungguhnya di Mainah ini ada jin yang telah Islam, kalau kamu melihat mereka, beri amaran selama tiga hari, kalau masih ada selepas itu bunuhlah kerana itu adalah syaitan."
 
Kalau boleh dibunuh maknanya, jin akhirnya akan mati. Kalau tidak apa gunanya dibunuh mereka itu. Mereka juga mati terbakar setelah berusaha mencari berita dari langit sebagaimana firmanNya dalam surah Al Hijri ayat 18 yang bermaksud :
"Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang"
 
Walau bagaimanapun yang ditangguh ini hanyalah iblis yang bernama Azazil sedangkan anak cucunya akan mati menemui ajal masing-masing kerana di dalam al-Quran menyebut bukan semua jin ditangguh kematian mereka.
Ringkasnya , dapatlah dikatakan jin dan syaitan mati menemui ajal mereka masing-masing, tetapi Azazil yang hidup di syurga bersama Adam a.s dahulu ditangguhkan kematiannya berdasarkan permohonannya kepada Allah s.w.t dan dia akan mati pada saat akhir dunia ini iaitu setelah tiupan sangkakala yang pertama.
 

Dimana Tempat Tinggal Jin

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

 

Ramai beranggapan jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertendang. Sememangnya, jin suka tinggal di tempat-tempat yang kotor dan bernajis, seperti bilik air, tandas, tempat pembuangn sampah, tempat-tempat runtuhan dan tinggalan orang, padang-padang pasir dan tanah perkuburan.
 
Banyak hadis Nabi s.a.w yang melarang mendirikan sembahyang di bilik air kerana di sana mengandungi najis yang menjadi tempat tinggal syaitan, begitu juga larangan bersembahyang di tanah perkuburan bagi menutup pintu-pintu syirik dan juga disebabkan kubur adalah tempat tinggal syaitan. Lebih-lebih lagi tempat yangt banyak berlaku perkara shubhat dan kemaksiatan seperti di pasar-pasar, Nabi s.a.w pernah berpesan kepada seorang sahabat baginda dengan mafhum sabdanya :
 
"Kalau boleh janganlah kamu termasuk daripada orang yang awal masuk ke pasar dan jangan jadi orang ayang terakhir keluar daripadanya  kerana pasar tempat perjuangan syaitan dan situlah ditegakkan benderanya".
 
Kebanyakan yang tinggal di bilik air ialah jin kafir yang merasa seronok dengan bau yang busuk kerana memang jasad mereka busuk. Zaid bin Adham menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya  :
 
Sesungguhnya bilik air ini ada mengandungi jin, apabila salah seorang kamu masuk tandas hendaklah ia berkata “Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.” 
 
Selain itu, jin juga tinggal di kampung-kampung, di gunung-ganung, dari lembah-lembah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang disebut oleh Abusy-Syeikh di dalam kitabnya "العظمكة" :
  
“Telah berlaku pertengkaran di antara jin Islam dan jin musyrikin, maka mereka memohon kepadaku untuk menempatkan mereka, secara berasingan. Maka aku letakkan jihn Islam di kampung-kampung dan gunung ganang dan aku letakkan jin kafir di antara gunung dan laut.”
 
Jin juga tinggal di rumah orang Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, mafhumnya :
 
"Tidak adalah satu rumah daripada kaum muslimin melainkan di atap rumah mereka ada golongan jin Islam. Apabila mereka meletakkan makannan di waktu siang , golongan jin turun dan makan tengah hari bersama mereka dan apabila manusia meletakkan makana malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka itu".
 
Tetapi golongan jin tidak dapat masuk ke dalam rumah orang-orang Islam apabila mereka membaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya :
 
"Apabila seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya terus menyebut nama Allah dan begitu juga ketika makan, maka syaitan berkata, maka tidak ada tempat tinggal dan tidak ada tempat makan, dan apabila disebut nama Allah ketika masuk tetapi tidak ketika makan maka syaitan berkata kamu dapat makan tetapi tidak dapat tempat tinggal dan apabila tidak menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan maka syaitan mengatakan kamu dapat tempat tinggal dan dapat makan".    
 
Setiap rumah yang dibacakan surah Al Baqarah maka syaitan tidak akan masuk ke rumah itu selama tiga hari dari tarikh membacanya itu sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w 
 
"Jangan engkau jadikan rumahmu sebagai kubur sesungguhnya rumah yang dibacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan".
 
Mafhum sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad :
 
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuncaknya, sesungguhnya kemuncak Al Quran itu adalah surah Al Baqarah, sesungguhnya sesiapa yang membacanya dia rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk selama tiga malam, dan sekiranya dibaca pada waktu siang mereka tidak akan masuk selama tiga hari".   
 
Maka untuk menghalang mereka masuk ke rumah kita selama-lamnya, hendaklah dibaca surah ini pagi dan malam.
Begitu juga apabila kita hendak memasuki rumah baru hendaklah dimulai dengan membaca surah Al Baqarah bukan seperti sesetengah orang yang menggunakan amalan-amalan syirik dengan bertepung tawar, dan menabur beras kunyit yang tidak kena mengena dengan cara menghalau syaitan itu. Sewajarnyalah kita kembali kepada ajaran Islam berdasarkan nas-nas Al Quran dan hadis Nabi kita Muhammad s.a.w .
Untuk mengelakkan jin melihat aurat kita di bilik air ialah dengan membaca bismillah sewaktu kita hendak memasukinya sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib k.w :
 
Tirai diantara mata jin dan aurat umatku ialah apabila salah seorang antara kamu memasuki bilik air dia membaca bismillah.  Imam Malik r.a pernah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muwatta’ : 
 
“Pernah diceritakan bahawa Saidina Umar Al Khatab r.a ingihn pergi ke Iraq, maka Ka’bul Ahbar menasihatinya, jagan engkau pergi wahai Amirul Mu’minin kerana di sana ada Sembilan persepuluh  sihir dan kejahatan dan di sana banyak golongan jin yang fasiq dan padanya ada penyakit-penyakit yang susah sembuh”
 
Termasuk juga tempat-tempat yang disukai oleh syaitan ialah tempat diantara cahaya matahari dan tempat teduh. Maksudnya diantara dua kawasan itu, dan dalam hal ini Rasulullah s.a.w melarang kita duduk di tengah-tengah kawasan itu.

Apa Qarin Itu

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
 
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :  
 
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."    
 
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba  baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.
 
Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
 
"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan". 
 
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan  "اسلم"  dalam dua pengertian :
  1. Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
  2. Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .
 
Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
 
Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.

Perkahwinan Jin Dengan Manusia

Written by Web Admin. Posted in Jin & Kehidupan

 

Adakalanya kita mendengar kisah perkahwinan diantara manusia dan jin yang kebiasaannya orang Melayu menyebut orang Bunian.
Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan ini yang melibatkan sama ada manusia itu lelaki ataupun perempuan. Dalam hal ini ada dua persoalan :
 
1) Kemungkinannya.
2) Pandangan syarak mengenainya.
 
Kalau dikaji dari segi kemungkinannya maka ia tetap berlaku. At Tabari berkata “ Mereka menyakini pernikahan dan persetubuhan kadang-kadang berlaku dio antara manusia dan jin sebagaimana firman Aallah s.w.t bermaksud :
"Dan desak serta pujuklah sesiapa Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah Dengan mereka Dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
 
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w
“Apabila seseorang suami menyetubuhi perempuannya dan dia tidak menyebut nama Allah, maka mereka akan didatangi syaitan dan bersetubuh bersama”.
Ibnu Abbas pula berkata :
“apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan,. Apabila perempuan itu hamil, maka ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin"
Ibnu Taimiah menguatkan pendapat ini dengan katanya : “Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak dan ini sesuatu yang telah termaklum”.
 
Nabi kita Muhammads s.a.w telah menegfah kita bernikah dengan jin. Para fuqaha berkata, tidak harus berkahwin di antara manusia dan jin dan dimakruhkan pula oleh kaum tabiein, ini menunjukkan perkahwinan itu boleh berlaku. Sekiranya tidak boleh berlaku pernikahan ini maka tidak akan timbul hukum harus atau pun haram.
 
Ahli sejarah dan ahli-ahli hadis menceritakan tentang kisah perkahwinan ini daripada Ulam Salaf terdahulu sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Sulaimabn daripada A’masy katanya :
“Ada jin jantan yang berkahwin dengan kaum kami, dan aku bertanya kepadanya apakah makanan yang paling kamu suka, maka jawab jin itu nasi. Kami bawakan nasi berkenaan, maka kami nampak suapan terangkat sedangkan orangnya tidak ada. Dan banyak lagi kisah mengenai perkahwinan ini sebagai bukti berlakunya”
 
Sekiranya ditanya bagaimana boleh berlakunya sedangkan unsur manusia dari tanah dan jin dari api. Unsur tanah bagaimana ia boleh masuk ke dalam rahim jin yang berunsur api. Unsur tanah adalah sejuk dan lembut sedangkan api panas dan tidak akan lahirnya keturunan.Maka jawapannya :
 
1) Walaupun mereka diciptakan daripada api tidaklah kekal dengan kejadiannya yang asal itu, tetapi berubah setelah beranak pina, makan minum, dan sebagainya. Sebagaimana anak Adam yang asalnya adalah tanah tetapi sekarang sudah pun berubah daripada asalnya.Nabi kita  s.a.w menceritakan bahawa lidah syaitan dirasakan sejuk apabila Nabi mencekiknya.
فمازلت أخنقة حتي برد لعابه
Aku terus mencekiknya sehingga sejuk air liurnya. Ini menunjukkan unsur asal sudah tidak ada lagi kalau masih daripada unsur asal nescaya panas air liurnya.
 
2) Maslah hukum syarak. Jumhur ulamak seperti Al Hasan, Qatadah, Ishak, dan Hakim mengatakan bahawa makruh hukumnya.
Tetapi pendapat Imam Malik bin Anas r.a mengatakan harus tetapi tidak digalakkan. Abu Othman Said bin Al Abbas Ar Razi menulis di dalam kitabnya
الاءاهام والوسوـس
 
Mengenai perniakahan dengan jin, suatu kaum telah menulais surat kepada Imam Malik bin Anas bertanya mengenai pernikahan dengan jin. Katanya, di sana ada satu jin “lelaki” meminang seorang wanita amanusia, dia ingin supaya menjadi halal perhubungannya. Imam Malik menjawab, “aku lihat tidak ada apa-apa maslahj di dalam agama tetapi adalah makruh kerana apabila terdapat seorang wanita hamil dan ditanya siapa suaminya maka ajawapannya JIN maka akan timbul kerosakan di dalam agama kita.
 
Ada pula sesetenag ulamak mengatakan haram berdasarkan firman Allah s.w.t bermaksud :
 
"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
 
Sekiranya berlaku perkahwinan di antara manusia dan jin tidak akan berlaku keserasian dan kemesraan di antara suami dan isteri disebabkan berlainan bangsa. Maka hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut sebagai ketenangan (sakinah). Pendapat ini berdasarkan juga hadis Rasulullah s.a.w daripada Mohd bin Yahya Al Qadie, daripada Basyar bin Umar, daripada Ibn Lahiah daripada Yunus bin Yazid daripada Az Zuhri katanya Baginda Rasulullah s.a.w telah melarang berkahwin dengan jin.
 
Perkahwinan di antara jin dan mausia akan timbul perasaan tidak tenteram, takut, bimbang, dan berbagai-bagai lagi. Tidak wujud perasaan tenang, sakinah, gembira. Oleh itu hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut dalam ayat tadi, iaitu tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan perkahwinan itu ketenangan, kemesraan, berkasih sayang dan sebagainya.
Tambahan pula timbul permusuhan di antara dua golongan semenjak zaman berzaman sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud : 
"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".