Jantina & Perkahwinan Jin
JANTINA JIN
Terdapat dua jenis jin ini iaitu jantan dan betina.
- Firman Allah s.w.t bermaksud :
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Ini menunjukkan ada golongan jin yang jantan dan ada golongan jin yang betina.
- Firman Allah s.w.t bermaksud :
Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Firmannya lagi beraksud :
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).
Ayat ini juga secara umumnya mengatakan setiap sesuatu yang diciptakan mempunyai pasangannya masing-masing., termasuklah jin, manusia dan mahkluk-makhluk lain.
Di dalam hadis pula disebut iaitu baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk tandas, membaca :
اللهم اني اعوذبكمن الخبث و الخبآئث
Maksudnya :Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan betina.
Terjemahan Al Khitbth, dan Al Khabaith sebagai syaitan jantan dan betina ialah sebagaimana pendapat Al Imam An Nawawi , Ibnu Hajar, Ibnu Hibban, dan Ibnul Athir. Maka jelaslah kepada kita bahawa jin dan syaitan ada jantan dan betina.
JIN BERKAHWIN DAN BERANAK PINAK
Umumnya Ulamak bersepakat mengatakan bahawa jin berkahwin dan beranak pinak sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Ayat ini menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan beranak pinak. Al Qadhi A. Jabbar menjelaskan bahawa maksud ZURRIYAH itu ialah anak-anak dan keluarga. Kehalusan ciptaan atau kejadian mereka tidaklah menegah mereka untuk beranak pinak sedangkan banyak binatang yang halus lagi seni boleh beranak pinak.
Az Zamakhsyari di dalam kitabnya Al Kasysyaf menghuraikan,
Sabda Rasulullah s.a.w :
ان الجن يتوالدون كما يتوالد ءادم وهم أكثر عددا
Maksudnya :Sesungguhnya jin beranak piank, sebagiaman anak adam dan mereka mempunyai ramai bilangan.
