http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.banner 1gk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/660x250gk-is-106.jpglink
  • Makluman Semasa
  • Tazkirah
  • FB Darussalam
  • Jadual Rawatan Darussalam :
    Isnin Rabu Dan Khamis  : 10 Pagi -4 Petang
    Sabtu Dan Ahad : 2.30 Petang - 6 Petang

    Selasa Hari Rawatan Ust Ismail Kamus
    Waktu : 10 Pagi Hingga 12 Tengahari

  • No telefon pejabat Darussalam telah ditukar kepada 03- 61776141. Segala kesulitan amat kami kesali. harap maklum.

  • Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,kerana seribu sahabat belumlah banyak.Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.(Lukman Hakim)

  • "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.(Hamka)

  • Makanan Jin

     

    MAKANAN JIN
    Ulama mempunyai berbagai-bagai pandangan dalam hal ini, ada yang mengatakan :
    1. Kesemua jin tidak makan dan tidak minum.
    2. Setengah jin makan dan ada setengah di kalangan mereka tidak mahu kepada makan.
    3. Kesemua jin makan dan minum.
    Cara makan mereka pula berbeza :
    1. Mereka hanya mencium sahaja.
    2. Mereka makan seperti biasa iaitu menguyah dan menelan.
    Walaubagaimanapun pendapat yang lebih kuat mengatakan bahawa golongan jin makan dan minum. Sebagaimana Firman Allah s.w.t  bermaksud :
     
    Dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair yang mengalir. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
     
    Dalam ayat ini menunjukkan sesungguhnya Allah menyediakan kepada hamba-hambanya yang taat sama ada jin ataupun manusia dua syurga. Jin dan manusia kedua-duanya masuk syurga dan berseronok padanya menunjukkan yang jin itu makan dan juga minum, kerana di dalam syurga itu ada makan dan minum sebagi balasan Allah kepada mereka selain daripada balasan yang lain.
    Mafhum sabda Rasulullah s.a.w
     
    “Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya ia membawa bijana untuk keperluan wudu’ dan untuk hal yang lain. Manakala ia menemui baginda, baginda bertanya siapa ini, aku menjawab saya Abu Hurairah. Sabda baginda : ikut akan daku, carikan batu untuk aku beristinjak, tetapi jangan bawa tulang dan tahi. Maka aku bawakan batu, di hujung bajuku dan aku letakkan di samping baginda. Kemudian aku beredar, apabila baginda telah telah selesai menunaikan hajatnya aku pun bertanya : mengapa tulang dan tahi tidak boleh digunakan. Jawab baginda : keduanya adalah makanan jin”.
     
    Mafhum sabda Rasulullah s.a.w lagi :
     
    “Daripada Umaiyyah bi Mahsya berkata : Adakah Rasulullah s.a.w duduk bersama seorang lelaki sedang makan dengan tidak menyebut nama Allah dan kemudian menyebutnya di akhir pemakanannya. Maka berkata Rasulullah s.a.w : Syaitan masih makan bersamanya”.
     
    Sesungguhnya golongan jin pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w mengenai makanan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
    “Bagi kamu setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya yang berada di tangan kamu dilengkapi sekali dengan dagingnya dan setipa najis ternakan manusia menjadi makanan kepada ternakan kamu”. 
     
    Ibnu Salam di dalam tafsirnya mengatakan najis binatang ternakan manusia akan kembali hijau sebagai makanan binatang ternakan jin.   
     
    Mafhum baginda s.a.w lagi :
     
    “Jangan kamu beristinjak dengan keduanya (tulang dan najis binatang) kerana keduanya adalah makanan saudara kamu (jin)”.
     
    Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada kita yang syaitan makan dan minum dengan tangan kiri dan memerintahkan kita supaya jangan menurut tabiat mereka, sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
     
    “Apabila salah seorang kamu makan hendaklah menggunakan tangan kanan dan apabila minum hendaklah ia minum dengan tangan kanan kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum menggunakan tangan kirinya”. 
     
    Ibnu Umar mengatakan bahwa hadis ini menjadi dalil yang golongan jin itu makan dan minum tetapi bukan untuk menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.
    Al Imam An-Nawawi r.a menegaskan :
    Yang sebenarnya jumhur ulama’ (sebahagian besar ulama’) baik Salaf mahupun Khalaf dari golongan ahli-ahli Hadis Feqah dan mutakallimi mengatakan bahawa hadis itu tadi dan haids yang sama dengannya menegnai makannya syaitan adalah menunjukkan yang zahirnya iaitu syaitan memang makan, yang tidak dapat dibuat sebarang helah lagi, bahkan syara’ mengakuinya maka wajiblah kita menerima dan menyakininya.   
     
    Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis yang menerangkan mengenai jin ini yang mana mereka makan dan minum tetapi memadailah dibawa dua tiga hadis untuk menjelaskan tentang tabiat mereka itu.