http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.banner 1gk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.selawat tafrijiyyahgk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/zam zam darussalamgk-is-106.jpglink
  • Semasa
  • Jadual Klinik
  • Ust Ismail Kamus
Darussalam akan mengadakan Progran SEHARI AHLI DI DARUSSALAM sempena Sambutan Ma'al Hijrah. Sehubungan itu semua ahli Darussalam dijemput hadir. Tarikh : 8 November 2014 Tempat : Bangunan Darussalam.

JADUAL RAWATAN DARUSSALAM

Isnin 10.00pg - 4.00ptg

Selasa 09.00 - 11.30mlm

Rabu 10.00pg - 4.00ptg

Khamis 10.00pg - 4.00ptg

Sabtu 02.30pg - 6.00ptg

Ahad 02.30pg - 6.00ptg

 

RAWATAN BERSAMA DATO' ISMAIL KAMUS

Selasa 10.00pg - 12.00tgh

Ahad 10.00pg - 12.00tgh

Jin, Syaitan & Qarin

 

SIAPAKAH SYAITAN
 
Syaitan adalah sejenis makhluk yang berasal daripada jin. Sebenarnya setiap jin yang jahat disebut sebagai syaitan. Oleh itu, jin adalah umum kerana ada jin b aik dan ada jin jahat. Jin jahat dipanggil syaitan. Bahkan manusia yang jahat  juga sebenarnya adalah syaitan. Firman Allah bermaksud:
 
"Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,"( Surah al-An’am :112)
 
PERBEZAAN JIN DAN SYAITAN 
 
Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa jin itu ada dua golongan :
 
1. SYAITAN : Golongan yang lansung tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukar menjadi MARID dan ‘IFRIT.
2. JIN   :  Golongan ini ada yang soleh dan ada yang fasik, mereka sama dengan golongan manusia, ada yang baik, ada yang jahat, aa yang mukmin dan ada yang kafir.
 
Firman Allah swt bermaksud:
 
"Dan Bahawa Sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan"(Surah al-Jinn :11)
 
Firman-Nya bermaksud:
 
"Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar, adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam."
(Surah al-Jinn :14-15)
 
SIAPAKAH PULA QARIN?
 
Tidak ramai yang mengetahui tentang “Qarin” ini. Sebenarnya begitulah kehendak Allah swt bahawa manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman ke mana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang, mengajaknya mengerjakan kejahatan dan menahannya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
 
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat atau syaitan. Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah Mas’ud r.a :
 
مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ
 
Maksudnya : “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga ada Qarin daripada bangsa malaikat. “Mereka bertanya, ‘Engkau juga ya Rasulullah.’ Sabdanya : “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”( Riwayat Ahmad dan Muslim )
 
Aisyah r.h.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah saw keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata, “ Aku merasa cemburu,” tiba-tiba baginda berpatah balik dan baginda bertanya: “ Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu.” Aku berkata : “ Bagaimana aku tidak cemburu orang yangseumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” sabda baginda : “Setiap insan ada syaitan iaitu (Qarin).” Aku bertanya lagi : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Ya, tetapi Allah telah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.”  (Riwayat Muslim)
 
Di dalam hadis lain daripada Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah saw :
 
فُضِّلْتُ عَلَى آدَمَ بِخَصْلَتَيْنِ كَانَ شَيْطَانِي كَافِرًا فَأَعَانَنِي اللهُ عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ وَكَانَ أَزْوَاجِي عَوْنًا لِي وَكَانَ شَيْطَانُ آدَمَ كَافِرًا وَزَوْجَتُهُ عَوْنًا على خَطِيئَتِهِ
 
Maksudnya : “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu daku tetapi syaitan Nabi Adamtetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”( Riwayat Baihaqi )
 
Al-Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan " أسلم "   dalam dua pengertian :
 
1. Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan fitnahnya
2. Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata
 
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum Muslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adalah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya Kaum Muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibn Abid-Dunya daripada Abi Hurairah r.a :
 
إِنَّ المُؤْمِنَ يُنْضِي شَيْطَانًا كَمَا يُنْضِي أَحَدُكُمْ بَعِيرَهُ فِي السَّفَرِ
 
Maksudnya : “ Sesungguhnya orang Mukminin boleh melemahkan syaitannya sebagaimana salah seorang antara kamu melemahkan kudanya di dalam perjalanan.”( Hadis dhaif)
 
 
Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatannya kepada Allah seperti membaca al-Quran, membaca “ Bismilllah” ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
 
Kesimpulannya, Qarin ini ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para nabi atau rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah yang telah Islam. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangkan perana antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk. 
 
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan :
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus , “ Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu, “ Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata, “ Aku sentiasa makan dengannya dan begitu juga minum.”