http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.selawat tafrijiyyahgk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.baner maulidurrasulgk-is-106.jpglink
  • Makluman Semasa
  • Tazkirah
  • FB Darussalam
  • Majlis bacaan Yassin Mustajabah akan di ada kan di bangunan Darussalam pada 23hb Febuary 2012. solat margrib bersama Al Fadhil Ust Dato' Ismail Kamus. Semua ahli di jemput hadir.

  • Mesyuarat Agung Darussalam dan Pemilihan kali Ke 6 akan diadakan pada 28 Januari 2012.Bermula Jam 8.30 Pagi.

  • Darussalam Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,kerana seribu sahabat belumlah banyak.Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.(Lukman Hakim)

  • "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.(Hamka)

  • Kesahihan Wujudnya Jin

    Dalam masyarakat umum baik dahulu mahupun sekarang ada berbagai-bagai, ada yang berpendapat bahawa makhluk ini terus menerus wujud dan ada juga yang menafikan kewujudannya. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu kepada bukti kewujudannya melalui firman Allah swt di dalam al-Quran supaya tidak timbul lagi sebarang syak wasangka terhadap isu ini.

    Sebarang keraguan mengenai kewujudan jin ini telah dapat dinafikan melalui firman Allah, hadis Rasulullah saw dan dengan penyaksian melalui mata. Firman Allah di dalam al-Quran bermaksud :
     
    "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" Surah al-Dhariyat :56)
     
    "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!" (Surah al-Jinn :1 )
     
    Di dalam surah yang sama :
     
    "Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." ( Surah al-Jinn :6)
     
    " Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun Dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding Dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding dengannya, Walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri"(Surah al-Isra’:88)
     
    "Dan (ingatlah) hari (kiamat Yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian Kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) Dengan sebahagian Yang lain (Syaitan-syaitan), dan Kami telah sampailah kepada masa Kami (hari kiamat) Yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa Yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui."(Surah al-An’am :128)
     
    "Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing."(Surah al-Naml :17)
     
    "Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah"(Surah al-Naml :39)
     
    "Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman Kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya Dengan izin Tuhannya. dan sesiapa dari jin itu Yang menyeleweng dari perintah kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka."(Surah Saba’ :12)
     
    "Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada Yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) Yang telah memakan tongkatnya. maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, Bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara Yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di Dalam azab (kerja berat) Yang menghina."(Surah Saba’ :14)
     
    Sabda Rasulullah saw :
     
    عن أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له إِنَّي أَرَاكَ تُحِبُّ الغَنَمَ وَالبَادِيَةَ فَإِذَا كُنْتَ في غَنَمِكَ أو بَادِيَتَكَ فَأَذِّنْ بِالصَّلَاةِ فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ فَإِنَّهُ لَا يَسْتَمِعُ مَدَى صَوْتِ المُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ إِلَّا شَهِدَ له يوم القيامةِ.
     
    Maksudnya : Daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda kepadanya. Aku lihat engkau ini sukakan kambing dan alam perkampungan, oleh itu apabila engkau berada bersama kambingmu dan di perkampungan laungkanlah azan dan angkat suaramu, kerana sejauh mana suaramu dialungkan sehingga didengar oleh jin dan manusia, maka ia akan menjadi saksi di hari kiamat nanti.( Riwayat Bukhari ) 
     
    Berdasarkan firman Allah swt dan hadis baginda Rasulullah saw di atas tidaklah dapat kita menafikan kewujudan makhluk jin ini, walaupun masih ada golongan yang mengingkari kewujudannya.
     
    Baginda Rasulullah saw pernah berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, sabdanya :
     
    أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ الَّذِي لاإله إلا أنتَ الذي لا يموتُ والجِنُّ وَالإِنْسُ يَمُوتُونَ
     
    Maksudnya : “Aku turut berlindung kepada kemuliaan Engkau yang tiada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati, sedangkan jin dan manusia tetap akan mati.”
     
     
    Ustaz Wahid Abdusalam Bali mengatakan bahawa tidak nampaknya jin oleh mata kasar bukanlah menjaid bukti jin itu tidak ada. Banyak perkara yang tidak dapat dilihat sedangkan benda itu ada seperti roh, angin, arus elektrik dan sebagainya.
     
    Al-Syeikh Abul Abbas Ibn Taimiyah berkata: “ Tidak seorang pun daripada golongan orang Islam yang mengingkari tentang kewujudan jin ini begitu juga golongan orang kafir. Manakala ahli kitab baik Yahudi mahupun Nasrani mengakui kewujudannya sebagaimana orang Islam juga walaupun ada segelintir di kalangan mereka yang mengingkarinya.”
     
    Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa jin tetap wujud sama ada kita bersetuju ataupun tidak.