http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.banner 1gk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.selawat tafrijiyyahgk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/zam zam darussalamgk-is-106.jpglink
  • Semasa
  • Jadual Klinik
  • Ust Ismail Kamus
Darussalam akan mengadakan Progran SEHARI AHLI DI DARUSSALAM sempena Sambutan Ma'al Hijrah. Sehubungan itu semua ahli Darussalam dijemput hadir. Tarikh : 8 November 2014 Tempat : Bangunan Darussalam.

JADUAL RAWATAN DARUSSALAM

Isnin 10.00pg - 4.00ptg

Selasa 09.00 - 11.30mlm

Rabu 10.00pg - 4.00ptg

Khamis 10.00pg - 4.00ptg

Sabtu 02.30pg - 6.00ptg

Ahad 02.30pg - 6.00ptg

 

RAWATAN BERSAMA DATO' ISMAIL KAMUS

Selasa 10.00pg - 12.00tgh

Ahad 10.00pg - 12.00tgh

IBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : MENCUKUPI KEPERLUAN MANUSIA & SEDEKAH

MENCUKUPI KEPERLUAN MANUSIA

Dalam sebuah hadis ada menyebutkan ;

Maksudnya ; Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barang siapa yang ingin doanya dimakbulkan dan kesudahannya dihilangkan, maka hendaklah dia menolong orang yang sedang dalam kesulitan.”  ( Ditakhrij oleh Ahmad dan al-Musnad )

 

Dari Ummu Salamah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Perbuatan yang baik dapat menjaga dari sebarang  kebaikan.” ( Hadis riwayat at-Tabrani, al-Haitsami Syeikh Nashiruddin al-Albani dalam Sohih al-Jami’ )

 

Dari Anas bin Malik r.a berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Sesungguhnya sedeqah itu dapat memadamkan kemurkaan Allah dan mencegah dirinya dari kematian yang tercela.”  ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

 

SEDEKAH

An-Nuwairi berkata, “ Tidak ada amal kebaikan yang lebih dekat buktinya dan lebih tampak kejayaannya pada ketika ini daripada sedeqah dan sedeqah itu mempunyai lima (5) berkah ;

 

Pertama : Bertambah dan ditambah hingga hari Kiamat, Allah s.w.t berfirman  ;

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Maksudnya :  “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (al- Baqarah [2]: 276  

 

Kedua : Membersihkan diri dari sakit dan derita. Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Ubatilah sakit kamu dengan sedekah .”

 

Ketiga   :  Menjaga harta, Rasulullah s.aw bersabda ;

“ Jagalah harta kamu dengan zakat .”

 

Keempat: Mendapat ganti di dunia sepuluh kali ganda dan di  akhirat tujuh ratus kali ganda.

 

Kelima   :  Menutup tujuh puluh pintu keburukan, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w ;

“ Sesungguhnya Allah benar-benar akan mencegah seseorang hamba mati dalam keadaan tercela dengan sedeqah yang di sedeqahkannya .”

 

Sedeqah itu bermacam-macam dan banyak, di antaranya , dinukilkan oleh Abu Dzar dari Nabi s.a.w yang bersabda ;

“ Seorang anak Adam yang membacakan salam kepadaku setiap hari adalah sedeqah.”  Kemudian berkata, “ Kamu menghilangkan duri dari jalan adalah sedeqah, kamu membaca salam kepada manusia adalah sedeqah, kamu menyuruh kepada kebaikan adalah sedeqah, kamu melarang dari kemungkaran adalah sedeqah, dan kamu menggauli isterimu adalah sedeqah.”

 

Abu Dzar berkata, “ Wahai Rasulullah , apakah orang yang melampiaskan syahwatnya boleh menjadi sedeqah baginya?”  Baginda menjawab, “ Ya, tahukah kamu seandainya syahwatnya itu dilampiaskan kepada apa yang diharamkan Allah, bukankah dia berdosa?” Kami menjawab, “Ya.” Baginda melanjutkan, “Begitu juga jika syahwatnya itu dilampiaskan kepada sesuatu yang dihalalkan Allah, maka itu menjadi sedeqah.” Abu Dzar berkata, “Lalu baginda menyebutkan banyak hal tentang sedeqah dan sedeqah, kemudian baginda bersabda, “ Semua itu akan mencukupi dengan dua rakaat Dhuha.”  ( Hadis riwayat Ahmad )        

 

Agama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk meringankan beban saudara sesama Islam atau bukan Islam atas dasar keimanan dan kemanusiaan. Tambahan pula, Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada hambaNya yang meringankan beban orang lain dan bersedeqah, seharusnya amalan ini sebati dalam kehidupan seharian kita.