http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.banner 1gk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/banners.selawat tafrijiyyahgk-is-106.jpglink
http://www.darussalam.net.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/zam zam darussalamgk-is-106.jpglink
  • Semasa
  • Jadual Klinik
  • Ust Ismail Kamus
Darussalam akan mengadakan Progran SEHARI AHLI DI DARUSSALAM sempena Sambutan Ma'al Hijrah. Sehubungan itu semua ahli Darussalam dijemput hadir. Tarikh : 8 November 2014 Tempat : Bangunan Darussalam.

JADUAL RAWATAN DARUSSALAM

Isnin 10.00pg - 4.00ptg

Selasa 09.00 - 11.30mlm

Rabu 10.00pg - 4.00ptg

Khamis 10.00pg - 4.00ptg

Sabtu 02.30pg - 6.00ptg

Ahad 02.30pg - 6.00ptg

 

RAWATAN BERSAMA DATO' ISMAIL KAMUS

Selasa 10.00pg - 12.00tgh

Ahad 10.00pg - 12.00tgh

iBADAH YANG MENGHILANGKAN BENCANA : ISTIGHFAR

ISTIGHFAR

Di bawah adalah penjelasan ringkas dn padat betapa pentingnya kita sentiasa melazimi Istighfar sebagai zikir harian kita di samping sebagai perisai daripada bencana.

 

Allah s.w.t berfirman  ;

وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).”

                                                                                                (Hud [11] :3 )

Allah s.w.t juga berfirman melalui lisan Nabi Hud a.s ;                    

وَيَاقَوْمِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُو~اْ إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلاَ تَتَوَلَّوْاْ مُجْرِمِينَ

Maksudnya ; "Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! "

( Hud [11]:52 )

Allah s.w.t mengkhabarkan kepada Nabi Nuh a.s ;

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

 

“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.”

( Nuh[ 71]: 10-12)

 

Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Barangsiapa yang membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar dari segalakesempitan, keringanan dari segala kesedihan, dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

                                                        ( Ditakhrij oleh Abu Dawud, Ahmad dan Ibnu Majah )

Dari Abdullah bin Busrin yang berkata, Nabi s.a.w bersabda ;

“ Beruntunglah orang yang mendapatkan keampunan dalam buku catatan amalnya. “

                                                                                    ( Hadis riwayat Ibnu Majah )